Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Result Final Exam Politeknik Kota Kinabalu

Sila Baca Nie eh ~~






So, Harap bersabar la eh... x lama lagi tu ...
Kan sabar itu separuh daripada imannn... hehe


DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib� dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib� ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Makan…makan…makan….

Kalau cerita saja pasal makan mesti terliur dibuatnya…. Hehehe
buKankah makan untuk hidup… eh,bukan… hidup untuk makan… eh, whatever la……



Biasanya masyarakat kita suka makan, betul tidak…. Mestilah betul…. Setiap kali berlangsungnya perkhawinan, pertunangan, majlis hari jadi, majlis doa selamat, dan seangkatan dengannya pasti ada kenduri makan-makan…. Sudah terbiasa kali…..ala maklumlah….

Apa yang bestnya pasal makan ni…mestilah best….pasti lagi best kalau ada makan percuma seperti kenduri-kenduri yang biasanya kita …..hehehe….

Terasa lapar pulak aku cerita pasal makanan ni…hehehe…

Apa yang penting kita perlu bijak mengambil makanan…. Jangan makan terlalu banyak…nanti obes pulak…. Dan jangan sesekali tidak makan pulak nanti gastrik….(dengar ni nasihat doktor hehehehe)

Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Amalkanlah konsep ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang’. Jangan pula diamalkan konsep ‘ makan sampai kenyang dan dah kenyang belum berhenti


Migrain.. Migrain....argh...!!

adui....sakitnya kepalaku... mesti migrain ne.... migrain perkara biasa yang melanda kita semua...
kalau sudah magrain susah mau fokus... susah mau buat kerja...susah mau berfikir....

itulah lumrah hidup kita... kata orang putih 'nobody is perfect' ..... smua manusia akan sakit jua ... tidak kiralah sakit apa.... tapi baiknya kita minta kepada Allah SWT jauhkan kita dari segala penyakit luar mahupun dalam.....

cerita pasal migrain ni kan, aku sering migrain disebelah kiri kepala aku....sakitnya lama sangat di area tu jua....
mungkin aku kurang senaman itulah punca....kan orang yang bersenam adalah orang yang sihat tubuh badan...

kalau datang migrain aku, aku tidak bulih lihat cahaya terang, dengar lagu atau keadaan yang bising dan bau-bauan yang kuat....kira alergik la.... aku pun tidak tau kenapa....mungkin kesan dari migrain....

cara aku hilangkan migrain senang saja...aku terus tidur dan rehat tanpa ada bunyi bising, cahaya yang terang dan bau-bauan yang kuat.....

bah, aku mau kongsi fakta sikit pasal migrain....
kita berkenalan dulu sama si MIGRAIN ni....

Menurut kamus dewan edisi 4, migrain ditakrifkan sebagai sakit kepala yg berdenyut-denyut, teruk dan berulangan datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pd satu sisi atau bahagian kepala sahaja).

Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
  • ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
  • Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
  • Migrain tanpa aura
  • -Migrain dengan tanda aura
  • -Opthalmoplegic migrain
  • -Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
  • Genetik
  • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
  • -Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
  • -Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
  • -Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
  • -Tekanan perasaan atau ’stress’
  • -Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
  • -Cahaya yang sangat terang
  • -Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
  • -Letih yang keterlaluan
  • -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
  • -Pengambilan pil ‘ contraceptive’
  • -Haid
  • -Pengambilan pemanis tiruan
  • -Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
  • -makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
  • Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
  • Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
  • berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
  • denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
  • jarang berlaku
  • pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
  • Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
  • terlalu jarang berlaku
  • sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
  • mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
  • pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
  • berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
  • boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
  • migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
  • ’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
  • ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
  • ’pallor’ berpeluh-peluh
  • ’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
  • ’photophobea’ - sensitif pada cahaya
  • ’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

akhirulkalam, sekiranya teman-teman sekalian ada migrain carilah penawarnya....takut-takut nanti migrain boleh membahayakan kita.....Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari segala penyakit....amin....


Suasana di Mentawi Sebelum & Selepas Dilanda Tsunami

Ni Lah Suasana Indah sebelum Mentawi ni di landa ngan Ombak Besar Tsunami yg menjadi igauan ngeri Penduduk Dunia suatu ketika dulu ...

Sebelum Di Landa Tsunami





Selepas Di Landa Tsunami



Tanda-Tanda Kiamat

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad s.a.w. kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa a.s.
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.


Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam a.s. sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa a.s.dan cincin Nabi Sulaiman a.s.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. a.s. di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal.
Kemudian Nabi Isa a.s. akan menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."


Cicak Tokke @ Gecko Capai Berat 64 Kilo??


CICAK Gecko normal hanya sepanjang 17.6 sentimeter.


KUALA LUMPUR – Seorang pakar hidupan liar melahirkan keraguan terhadap kesahihan saiz sebenar cicak gergasi seperti yang ditemui oleh seorang belia di Kalabakan, Sabah kerana spesies cicak tersebut tidak mungkin akan mencapai berat sehingga 64 kilogram.

Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, adalah mustahil untuk seekor cicak hutan atau nama saintifiknya Gecko boleh membesar sehingga mencapai berat tersebut.


Hati-Hati !! Pencuri Maklumat @ Data Peribadi



HATI2 KALAU ONLINE DI CYBERCAFE !!
CHECK BELAKANG CPU DAN TENGOK KALO ALAT INI ADA DI BELAKANG TU, KALAU ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
CARI PC LAIN ...

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah ditekan pada keyboard itu...

Kebanyakannya alat ni dipakai di Cybercafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. So, berhati2lah terutamanya time korang menggunakan Internet untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Benda ni terjadi bila korang masuk laman web untuk memeriksa baki akaun atau membuat pembayaran secara online. Setelah selesai membuat transaksi, korang akan meninggalkan PC, si pencuri dengan mudahnya dapat membuka account itu kembali dgn mendapatkan data tentang apa yg telah korang taip dengan keyboard, semua data itu tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya korang periksa dulu PC tu jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting seperti maybank2u.com, cimbcliks, pay pal dan sebagainya.

Aku sendiri pernah terkena dengan taktik ni .. Lokasi tu aku taknak mention la, tp yg penting cybercafe tu terletak di Tawau... Time tu aku tengah buka akaun maybank2u online... esoknya jer lepas online kat tempat tu, aku pun terima email dari Maybank yg mengatakan "Your Account Has Been Block By Maybank Security System Because Someone Trying To Logged in Your Account Info" .. Jadi aku pun pegi la maybank utk detect ip address orang yg cuba nak buka aku nyer akaun tu ..

Fuhh, resultnya.... orang yg cuba tuk logged account aku tu datangnya dari cybercafe tempat aku online kelmarin .. so apa lg, aku pun try la jalan2 pi tempat tu balik tuk tengok2 keadaan.. akhirnya aku nampak gak benda yg x sepatutnya ada kat belakang CPU .. adoi, pencuri betul la owner nya tu ... tp takper la, at least dia gagal sebab aku nyer account info dilindungi sistem keselamatan oleh maybank. Hehe

Semoga informasi ini berguna untuk korang semua k.. Sama2 lah kita mencegah terjadinya hal2 yg tdk diingini seperti ini. Kalo bleh tolong inform dengan kawan2 korang la ..


Proton Waja Baru Edisi 2010

Proton Lancer
After many years of going around in circles talking to companies such as PSA Peugeot Citroen, Volkswagen and GM, Proton has finally ended up at a familiar place, Mitsubishi Motors. Proton announced to Bursa Malaysia today that it has entered into a product collaboration program with Mitsubishi Motors Corporation, Japan. The following is the scope of the product collaboration:

  • A Development Agreement, to develop a new Vehicle Model for PROTON based on details of work, target specifications, job sharing and time schedule as determined by both parties (“Licensed Product”).
  • A Licence Agreement, where MMC grants PROTON a non-exclusive license to use technical assistance and patents solely for the purpose of utilization of technical information for restyling, modification and improvement work, manufacturing of local parts, assembling, selling and after sales services / support of the Licensed Product to be sold under PROTON’s trademark and styling; and
  • An Engineering Services Agreement, wherein MMC will provide the work and services for PROTON’s manufacturing of the Licensed Product.
StarBiz revealed today that the Mitsubishi vehicle to be provided to Proton is the new Lancer, which will be used to replace the Waja. A quick check with sources inside Proton revealed that the vehicle would pretty much be a Lancer with only minor changes to the design, even less than what Mitsubishi Taiwan has done to their version of the Lancer.
The Lancer Fortis is shown in the image above, just compare it to the original Lancer (chopped by Theophilus with Proton badges) shown below, it’s a world of a difference! So the good news is our version will likely keep the Lancer’s original aggressive looks.
Click for enlarged image
The new Lancer-Waja will likely be priced at a higher price point than the current Waja CPS, but lower than the Perdana. We’ll also get the GEMA series of engines that comes with the Lancer, though it’s not clear at this moment which one. The GEMA engine is available in 1.8, 2.0 and 2.4 liter displacements.

Other proposed areas that Mitsubishi and Proton are in discussions about include the rebadging of the Persona and the 2009 Proton MPV as a Mitsubishi in certain markets and the joint development of an A-segment hatchback (a new Savvy-sized vehicle), but when contacted by this blog, sources in Proton indicated these additional projects are at best only in discussion stages only, and not something confirmed.

In fact, an A-segment hatch may not be such a good area for Proton to venture into right now, given how price sensitive the A-segment market is. Maybe later, if Proton gains enough technical know-how on how to build a car cheaply and once it has enough economies of scale to price it low yet make a sufficient profit
.
The only two car manufacturers enjoying success in that market segment are Suzuki and Daihatsu, who are experts in small cars. It’s very hard to profit and with the current condition of Proton’s economies of scale, I doubt Proton could create an A-segment hatch that could have the right features, quality and price to enjoy a decent amount of success whether in Malaysia or overseas.

I doubt even accounting for the potential units sold under the Mitsubishi badge could help out there as Mitsubishi themselves do not have much successful experience in that area.


Rahsia Tokke @ Gecko


Tokek adalah nama umum bagi cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang dikenali sebagai cicak besar, spesis Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Tokek ialah cicak yang bersaiz besar dan berkepala besar. Panjang maksimum boleh mencapai sehingga 340 mm, (hampir setengah daripada ukuran itu adalah ekornya).

Tokek kerap ditemui di pokok-pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung-kampung dan tepi hutan. Suara teritorialnya yang keras dan lantang, “tokke… tokke..”,, menjadi kata dasar penyebutan namanya dalam pelbagai bahasa.

Tokek memakan pelbagai spesies serangga, cicak lain yang lebih kecil, tikus kecil dan mungkin juga burung kecil. Seperti spesies cicak yang lain, tokek aktif terutamanya di waktu malam. Kadang-kadang tokek turun ke tanah untuk mengejar mangsanya. Di siang hari, tokek bersembunyi di lubang-lubang kayu atau lubang batu.

Tokek melekatkan telurnya, yang biasanya berjumlah sepasang dan saling berlekatan, di celah-celah lubang pohon; retakan batu; atau jika di rumah, di belakang almari atau di bawah atap. Tempat bertelur ini kerap pula digunakan oleh beberapa tokek secara bersama-sama. Telur menetas setelah dua bulan lebih.

Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

Peringatan!!

Hati-hati, tokek rumah kerap menggigit jika ditangkap. Bila dipegang, tokek akan mengangakan mulutnya; siap untuk menggigit penangkapnya. Gigitannya sangat kuat, otot-otot rahangnya seakan mengkunci; sehingga ada yang mengatakan bahawa gigitan tokek tidak akan dapat dilepaskan kecuali jika ada petir menyambar. Dasyat bukan?

Ada cara yang mudah untuk menipu tokek agar tidak digigit ketika memegangnya. Letakkan sesuatu yang agak empuk tetapi liat di mulutnya yang menganga, seperti sepotong ranting atau helaian kain yang dilipat-lipat, yang tidak mudah putus. Tokek akan menggigitnya dengan sekuat tenaga, sehingga si penangkap selesai untuk menilai, memeriksa dan mengukur haiwan itu. Oleh itu, berhati-hati bila berhadapan dengan haiwan ini.

Gigitan tokek tidak dapat dipaksa untuk lepas tanpa melukakan tokek itu. Salah satu cara untuk melepaskan gigitan tokek adalah dengan merendam haiwan tersebut didalam air sehingga ia melepaskan diri. Cara yang paling mudah pula adalah dengan menitiskan cuka ke mulut tokek. Biasanya itu cukup untuk membuat haiwan tersebut melepaskan gigitannya.


Menakjubkan !! Elektrik Dalam Badan Manusia??

SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!



Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.
Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.

Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya sakit saat tersentuh tangannya.
Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?
Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.

Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Cas
Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.
Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi, katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.
Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri, ujarnya.

Tabiat dan suhu
Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.

Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

MANUSIA yang memiliki cas negatif berlebihan boleh mencetuskan renjatan elektrik kepada manusia lain ketika bersentuhan.


Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas, ujarnya.

Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan, katanya.
Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit
Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.

Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh, katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.
Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
(kosmo)


Amaran Kepada Pengguna Facebook : Sophos


FIRMA keselamatan internet, Sophos memberi amaran kepada pengguna Facebook supaya berwaspada dengan komplot penipuan yang menghantar mesej spam kepada rakan-rakan mereka di rangkaian sosial itu.

Sophos, menerusi blog yang disiarkannya lewat Isnin lalu, berkata ratusan ribu pengguna Facebook telah menjadi mangsa penipuan yang digelarnya sebagai ‘likejacking’.

Katanya, sesetengah pengguna Facebook menerima mesej seperti This man takes a picture of himself EVERYDAY for 8 YEARS dan ia telah mempengaruhi mereka untuk klik pada pautan yang disertakan.

Sophos berkata, apabila pengguna Facebook klik pada pautan berkenaan, ia akan muncul satu ruang kosong yang mengarahkan mereka untuk meneruskan klik ke bahagian mesej yang tertera ‘Klik di sini untuk seterusnya’.

Katanya, dengan meneruskan klik pada ruang yang menerbitkan mesej pertama pada Facebook itu, ia adalah sama seperti mencadangkannya kepada semua kenalan di rangkaian Facebook.

“Menerusinya, sudah tentu ia adalah seperti menghantar satu mesej, apabila kenalan anda melihat dan klik kepadanya, ia seterusnya akan merebak,” kata Sophos.

Minggu lalu, syarikat itu memberi amaran mengenai satu penipuan di Facebook yang memperdayakan pengguna untuk memuat turun satu perisian iklan, iaitu pakej perisian yang berkebolehan untuk memainkan secara automatik, memaparkan atau memuat turun iklan ke dalam komputer pengguna.

Ia juga adalah satu penipuan sama yang merebak di Facebook pada minggu sebelumnya yang membabitkan penghantaran tanda palsu tertera sexiest video ever, kata Sophos – AFP


Rahsia Di Sebalik Tulisan Anda

Jom kita berkongsikan ilmu yang berguna kepada kita semua... Mungkin anda pernah membaca rahsia disebalik tulisan, iaitu hasil kajian oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah..

TAHNIAH kepada pembaca yang sudah membaca kajian yang dibuat oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah dan kepada yang baru sahaja nak baca TAHNIAH kerana anda ingin mempelajari sesuatu yang baru iaitu mengetahui rahsia yang terselindung disebalik tulisan kita....
Jom, tanpa bercakap panjang lebar lagi mari kita teliti dan kenali rahsia yang tersimpan disebalik tulisan kita..


Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros
.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Kesimpulan yang dapat kita buat ialah tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.


Harga cicak Tokke/Gecko mahal..Berjuta-juta ringgit sekilogram $$$

Tokke @ Gecko

Sebut sahaja pasal tokke atau gecko mesti terdetik difikiran kita binatang seperti cicak besarnya seperti biawak yang berharga berjuta-juta ringgit jikalau berat binatang tersebut mencecah 1kilogram keatas.


Wah mahalnya spesis tokke ni… sapa tak mau jadi kaya mengejut…



Pada 8 may 2010 yang lalu kalau tidak silap, seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia .

Jikalau sebut pasal tokke di sabah ni siapa tidak kenal… 1 malaysia sudah tau..bukan setakat Malaysia malah indonesia. tokke kini menjadi buruan ramai disebabkan harganya yang mahal dipasaran. Di percayai tokke ini adalah merupakan salah satu bahan untuk membuat ubat tradisional China.

Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri tokke ini. Ianya jinak dan saiznya lebih besar daripada cicak biasa (cicak yang biasanya menjadi mangsa dilastik di dinding2 rumah oleh kita heheheh ^_^).

Apa yang saya tau, pemburu-pemburu tokke biasanya akan memelihara tokke berkenaan sementara waktu . kerana apa?? Mereka memeliharanya sementara waktu kerana mereka ingin mendapatkan saiz tokke yang besar dan berat. Maklumlah kan harga tokke bergantung kepada beratnya…






Kalaulah aku, aku pun mau cari cicak yang bernama tokke ni… mahal tu bro…!! sapa tak mau duit….$$$ … sekarang ini bukan mudah nak dapat duit…kena berusaha bersungguh-sungguh…. Haaaa, bagi yang nak mencari tokke tu carilah, tetapi berhati-hati…. Kalau korang mau cari tokke, tgk2 la di siling rumah tu, di dinding, belakang almari kah manalah tau ada seekor dua tokke …hehehehe….

Apa-apa pun gud luck pencari tokke…^_^


Jom Tukar-Tukar Link