Hati-Hati !! Pencuri Maklumat @ Data Peribadi



HATI2 KALAU ONLINE DI CYBERCAFE !!
CHECK BELAKANG CPU DAN TENGOK KALO ALAT INI ADA DI BELAKANG TU, KALAU ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
CARI PC LAIN ...

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah ditekan pada keyboard itu...

Kebanyakannya alat ni dipakai di Cybercafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. So, berhati2lah terutamanya time korang menggunakan Internet untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Benda ni terjadi bila korang masuk laman web untuk memeriksa baki akaun atau membuat pembayaran secara online. Setelah selesai membuat transaksi, korang akan meninggalkan PC, si pencuri dengan mudahnya dapat membuka account itu kembali dgn mendapatkan data tentang apa yg telah korang taip dengan keyboard, semua data itu tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya korang periksa dulu PC tu jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting seperti maybank2u.com, cimbcliks, pay pal dan sebagainya.

Aku sendiri pernah terkena dengan taktik ni .. Lokasi tu aku taknak mention la, tp yg penting cybercafe tu terletak di Tawau... Time tu aku tengah buka akaun maybank2u online... esoknya jer lepas online kat tempat tu, aku pun terima email dari Maybank yg mengatakan "Your Account Has Been Block By Maybank Security System Because Someone Trying To Logged in Your Account Info" .. Jadi aku pun pegi la maybank utk detect ip address orang yg cuba nak buka aku nyer akaun tu ..

Fuhh, resultnya.... orang yg cuba tuk logged account aku tu datangnya dari cybercafe tempat aku online kelmarin .. so apa lg, aku pun try la jalan2 pi tempat tu balik tuk tengok2 keadaan.. akhirnya aku nampak gak benda yg x sepatutnya ada kat belakang CPU .. adoi, pencuri betul la owner nya tu ... tp takper la, at least dia gagal sebab aku nyer account info dilindungi sistem keselamatan oleh maybank. Hehe

Semoga informasi ini berguna untuk korang semua k.. Sama2 lah kita mencegah terjadinya hal2 yg tdk diingini seperti ini. Kalo bleh tolong inform dengan kawan2 korang la ..


0 comments:

Jom Tukar-Tukar Link