Apa Itu Dajjal??



















Bagi muslimin dan muslimat mesti dah tau apa itu dajjal kan? mesti ustaz, ustazah, atuk, nenek , ayah atau mak korang ada cite pasal dajjal kan? ok...skrang ni terdapat dua teori tentang dajjal.


Pertama : Dajjal adalah satu bentuk ideologi

Teori ini mengatakan bahawa dajjal itu telah wujud sekarang dimana semua ciri-ciri yg disebut dlm Al-Quran serupa dengan ciri-ciri yg kita nampak tapi tak perasan. contohnya;

  • djjal bermata satu, benda ni kita blh rujuk pada lambang 'the all seeing eye' yg terdapat pada dollar america,















  • dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat, itu adalah internet
  • dajjal boleh bergerak seperti angin=jet pejuang
  • dajjal boleh membelah gunung-ganang, itu boleh dikaitkan dgn bom atom, bom nuklear dan macam2 jenis bom lah.
  • segala pembohongan dajjal akan dipercayai semua orang, kes ni boleh dikaitkan dengan tragedi 11 september...ramai kena tipu termasuk gua.
  • apabila bertemu dajjal, maka orang islam tidak mengaku islam. situasi ini boleh terjadi, sbg contoh cuba anda meletakkan diri anda dalam situasi dimana negara kita sedang berperang dgn israel. kemudian tentera israel ingin membunuh orang islam sahaja, tiba-tiba sebuah senapang dihalakan tepat dikepala anda dan tentera itu bertanya; are you muslim? apakah jawapan anda? sekiranya iman dan amalan anda kuat dan mencukupi memang mudah untuk menjawab soalan tersebut. bayangkan mereka yang kurang pengetahuan... adakah mereka akan dapat menjawab nya?


Kedua : Dajjal adalah satu individu atau manusia berjasad


teori ini merupakan teori yang ramai orang percaya hasil pemahaman secara kasar dimana dajjal akan muncul di akhir zaman seperti rasaksa bermata satu yg bergerak seperti angin, boleh potong gunung, dan sebagainya.

Kesimpulan :

Secara keseluruhannya bukanlah saya nak mengatakan mana-mana teori identiti dajjal itu adalah betul, cuma saya ingin membuka minda para pembaca supaya berfikir dari sudut yang lain dan saling ingat-mengingati atau berpesan-pesan antara satu sama-lain. secara jujurnya saya sendiri tidak pasti bagaimana rupa bentuk dajjal itu.

Artikel yang mengatakan dajjal adalah satu ideologi itu sendiri telah menyatakan ketidakpastiannya terhadap teori tersebut, tetapi apa yg penting adalah lebih baik kita menganggap bahawa dajjal itu telah pun wujud dikalangan kita kerana dajjal tidak akan mengaku bahawa dirinya itu dajjal. sekiranya ia mengaku dirinya dajjal, senanglah kita untuk membuat persediaan dan bertaubat. maka, eloklah kita membuat persediaan lebih awal...sesungguhnya petanda-petanda akhir zaman seperti yang dijelaskan didalam Al-Quran telah banyak dan boleh dilihat dengan jelas cuma kita yg tidak menyedarinya.

Anda boleh melawat blog;

http://dajjal.wordpress.com/2008/11/04/adab-memahami-permasalahan-dajjal/

utk mengetahui adab2 membincangkan tentang dajjal dan mendalami segala yg dibincangkan didalamnya.
sekiranya ada masa terluang dan terbuka hati carilah maklumat-maklumat seumpanya dan bolehlah dikongsi bersama.

Akhir kata: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan.
Sekian, wasalam...


0 comments:

Jom Tukar-Tukar Link