Takder Telinga

Seorang pemuda cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. Dia kehilangan kedua-dua telinganya dan merasa rendah diri atas kecacatannya itu. Dengan wang pampasan yang diterima, dia memulakan perniagaan. Dia kemudian bercadang mengambil pekerja sebagai pembantunya. Sesi temu duga pun bermula.Calon pertama melepasi semua ujian yang dijalankan kecuali soalan terakhir.

"Awak perasan tak ada sesuatu yang ganjil pada saya ?"Soalan terakhir pemuda itu.

"Oh .. awak tak ada telinga," kata calon tadi spontan.

Pemuda itu sedih dengan jawapan berkenaan dan menolak calon tersebut. Calon kedua lebih baik daripada calon pertama dan seperti sebelumnya pemuda itu akan bertanya soalan yang sama untuk mengakhiri temu duga. Tapi jawapan yang diterima sama seperti calon pertama. Hatinya bertambah sedih dan menolak permohonan tersebut.

Akhirnya dia berpuas hati dengan calon ketiga dan mengujinya dengan soalan yang sama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada muka saya?" Tanya pemuda itu

"Ya! Awak pakai kanta sentuh," jawab calon ketiga.

"Wow! Menarik tu, macam mana awak tahu ?" Tanya pemuda itu terkejut.

"Kerana awak tak boleh pakai cermin mata sebab tak ada telinga," balas calon itu sambil ketawa terbahak-bahak.


0 comments:

Jom Tukar-Tukar Link