Lelaki Pilihan Wanita Zaman Sekarang


Assalamualaikum...

Setakat ni, aQ dah kenal ramai perempuan. Yeah, agak menarik juga sebenarnya berkenalan dengan ramai perempuan yang single ni (*tapi ada jugak yg dah ada couple tp kata single..Hehe). Dalam banyak-banyak masalah diorang, aku tertarik dengan isu lelaki pilihan mereka yang kononnya semakin pupus. Ok, pertama sekali aku outlinekan jenis lelaki yang mereka sering gempar-gempurkan. Ciri-ciri ni adalah kolektif dan bukan berdasarkan daripada input seorang perempuan sahaja.

  • Mempunyai kerjaya yang tetap, gaji tetap dan masa depan yang konsisten - Ini paling penting. Perempuan memanglah bergantung kepada ciri ini sebagai kriteria utama (kecuali kalau perempuan tu anak tunggal dan parents dia kaya raya). Tanpa kerjaya tetap macam ni, silap-silap lelaki tu langsung tak dipandang.
  • Tidak merokok - perempuan yang pernah merokok pun sebenarnya mencari lelaki yang tak merokok. Salah satu sebabnya atas desakan ibu bapa tapi ada yang pernah merokok ni pun atas lesen perokok sosial, jadi cari lelaki yang tak merokok kiranya membantu dia berhenti merokok la. (*tp aku pun perokok jugak, jd susah la nk ckp pasal isu nie - *buang kes ja la..Hehe)
  • Matang - Bila dah melangkah ke alam kerjaya, cinta ni dah jadi lain. Betul aku cakap. Kalau cinta student-student ni memang lovey dovey habis, tiap-tiap hari nak contact dan tak boleh lost contact. Tapi bila dah berkerjaya ni, nak-nak yang baru start kerja, kerja mereka adalah segala-galanya. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting kerjaya mereka tak bermasalah. Jadi bila orang yang dah berkerjaya ni bercinta, mereka macam tak endah sangat pasal emosi sebab tak ada masa. Jadi kalau perempuan berkerjaya ni nak cari pasangan, dia akan pastikan yang lelaki tu tak akan memberikan masalah kepada dia dan kerjaya dia. Perkara pasal jelous/cemburu tu semua dah out of question sebab sekarang ni memang bergantung kepada trust.
  • Tak kacau duit perempuan - Ok ini first time aku dengar, ada gak jenis lelaki bangsat macam ni. Sorry, bahasa ni kasar sangat tapi betullah apa yg aku cakap, kalau ko tu jenis perokok tegar, lepas tu kereta pula nak bikin itu ini, bawa laju macam setan dan kena saman banyak2, duit belum cukup bulan pun dah habis sebab entah macam mana ko spend duit dan lepas tu minta pinjam duit kat girlfrend ko, adakah ko ni Lelaki Berkualiti? Lu pikirlah sendiri.
  • Lelaki yang pukul perempuan - Haaa.. ni pun ada. Pelik la macam mana boleh wujud spesis lelaki macam ni. Tak gentleman langsung.
  • Educated - Ok yang ni subjektif, bukan bermaksud dah ada diploma, degree, masters tu semua educated. Educated ni lebih membawa pengertian pandai dari segi kewangan, pengurusan diri dan masa depan. Kalau duit sendiri tak terjaga, hutang keliling pinggang pun memang perempuan ni semua akan ignore korang.

Kadang-kadang perempuan ni pun salah gak. Nak cari lelaki berkualiti tapi cari kat tempat melepak mcam kat pusat karaoke, pub, bar dan sebagainya (*sekadar contoh jer). Kat situ kebanyakan lelaki jenis yg nak enjoy jer. Lepak situ, kenal lelaki kat tempat camtu, get in a relationship with them lepas tu find out that lelaki tu jenis yang tak berkualiti. Relationship tak successful komplen banyak-banyak cakap lelaki pilihan mereka dh nak pupus. aaa.. Perempuan ni pun silap gak. You look at the wrong place and you'll get the wrong one.

Jadi mana lelaki pilihan mereka ni pergi?

  • Dah kahwin - dulu bila ada lelaki jenis macam ni minat tak nak secure awal-awal. Lelaki berkualiti ni permintaan tinggi (menggunakan argumen mereka yang lelaki berkualiti semakin pupus), jadi bila dah ada tu eloklah buat apa yang patut. Love needs sacrifices dan kalau takde usaha jodoh tak datang bergolek depan pintu rumah.
  • Workaholic - lelaki jenis ni bila takde girlfriend, mereka akan concentrate kepada next main thing in their life - iaitu career. Bila career diorang ni dah melonjak-lonjak naik, duit banyak dan mereka ni akan berubah. Maksudnya lelaki tu hnya akan pandang wanita yg mendampinginya disebabkan oleh kejayaan dalam career sahaja. Jadi mungkin tiada la kasih-sayang yg wujud di sini.

Macam cerita Sex And The City la. Kawan berempat tu lambat kahwin, lepas tu bila nak mencari lelaki yang betul-betul boleh guna, yang mengikut citarasa dan demand masing-masing serta tak mempunyai masalah yang complicated dah jadi susah.

So yeah.. ni just pendapat aku dari segi luaran jer. Takdelah tepat mana pun, cuma ini gambaran realiti sebenar. Perempuan, life is short. Jangankan kerana study ataupun kerjaya, korang lupakan terus pasal percintaan dan perkahwinan. Bila dah jumpa somebody worth it, keep him. Ni nasihat la. Jangan sampai terlambat dan korang tak jumpa-jumpa the right guy dan akhirnya putus asa untuk bercinta.

P/S : aku just tulis apa yang aku nampak dan alami, tiada rekaan ataupun orang kata *banyak up jer... Hehe, semua ni based on true story, tp watak2 dalam story ni aku jer la yang tau .. Tak bleh mention orangnya sbb nanti ada pla yg terasa .. Kalo ada terasa tu, sorry sangat2 k ... "Peace"


Copyright (c) by Hafiz


0 comments:

Jom Tukar-Tukar Link