Ego seorang lelaki

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada
isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita
", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal
yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas
bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...
". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan
hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana
ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang
terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan,
mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia
lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2
muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia
sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..."jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang
tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan
berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan
senaraimu
".


Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun
di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak
ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan
baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang

..."


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta
serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...


P/S: Sesungguhnya tiada manusia yg sempurna,tp,kita harus bersyukur dgn ape yg kita miliki...


0 comments:

Jom Tukar-Tukar Link